dahulu ada seseorng meminta cinta dariku.( dahulu2)
Dan aku katakan padanya, takkan boleh cinta itu diberikan tanpa adanya ikatan yang sah, mahar yang menjamin dan hubungan hati yang diredhai oleh Allah.
Mungkin ramai antara kita pernah bercinta, merasai asyiknya cinta itu dan tenggelam di dalam kemabukannya.
Malah Syed Qutb, Abu talhah serta Hasan Al-Basri pernah menyintai seorang perempuan sebelum pernikahan mereka.
Malah Khadijah mempunyai rasa suka kepada Rasulullah sebelum peminangan beliau pada baginda.
Dan sungguh cinta itu tidak pernah salah. Malah ia memberi cahaya
kehidupan dan harapan yang melestarikan nafas yang panjang pada dunia
yang mencabar ini.
Namun diri kita tahu akan kelemahan diri kita. Kita tahu di mana tempatnya kita bakal jatuh,jika kita kurang berhati-hati.
Seperti itu jugalah kebanyakan wanita, kita amat mudah menyintai
dan menyayangi manusia lainnya. Hati kita dipenuhi cinta dan sayang.
Terkadang mampu dikawal, terkadang mencengkam dan memakan diri kita
sendiri.
Dan kita tahu di situlah kelemahan kita. Apabila diberikan kepada
yang belum haq, kita akan tenggelam dalam keasyikan yang merudum
jiwanya. Cinta yang ditakuti takkan sampai ke penghujungnya. Cinta yang
mencemari cinta kita kepada Rabb kita. Dan ditakuti kita akan sesat
dalam kegelapan akibat cinta yang asyik itu.
Dan kerana itu cinta ini disimpan rapi, hanya untuk dimiliki yang
hak dan berhak sahaja. Bukan kerana kita membenci cinta itu. Bukan
menolak mereka yang menyintai kita. Tapi kerana kita tahu di mana titik
lemah kita. Dan cinta itu kita simpan sekedapnya, agar siapa sahaja yang
kita berikan cinta itu, biarlah cinta itu hanyalah kerana Allah
semata-mata.
‘ saya takut kalau saya menyayangi seseorang, orang itu akan lebih
menyanyangi saya dari saya menyayangi dia. dan itu pernah berlaku pada
saya.’
padaku ucapan itu mungkin bernada agak perasan, namun aku tahu dari lubuk hatinya, itu merupakan ucapan yang tulus.
‘ tapi saya isteri awak, tentu saya perlu sayang pada awak.’
‘betul, tapi saya takut awak akan rasa kecewa di kemudian hari, jika apa2 yang berlaku pada kita.’
Suara hati nakalku berkata, ‘takpe, saya akan jadikan awak sayang saya lebih dari saya sayang awak, baru awak tahu!’
Namun aku menjawap,’ tak apa, bukankah kita ada Allah. Apapun yang
berlaku dalam hidup kita, kita ada Dia untuk kita mengadu akan keadaan
itu.’
Ketika aku menyalami tangannya, aku tenang melihat dirinya
pergi. Namun fikiranku tetap memikirkan akan dirinya yang aku temui cuma
acap kali sahaja dalam masa beberapa minggu.
Dan ketika aku pulang ke bandar beku dan sejuk ini, aku teringat
suasana hiruk pikuk dan siren ambulans yang berkumandang setiap 10 minit
di kota London. Asap dan enjin kereta yang mampat mungkin menjadikan
udara di bandar kosmopolitan itu berhawa tinggi dan sering mengundang
peluh di bajuku.
dan tentu kenangan bersama dia takkan dapat aku lupakan.
dan setiap kali kembali setelah bertemu denganya pasti akan
teringatkan perbualan-perbualan yang kami lalui bersama. Pertama kali
dalam hidupku, aku begitu dekat dengan jiwa seorang lelaki bergelar
suamiku.
Dan aku tahu di saat itu, aku telah mula menyintai dirinya. Mahu
membantu dirinya sepanjang hidupku. Mahu menjadi sayap pejuangnya
walaupun mungkin aku dan dia bukanlah pasangan yang sempurna di dunia
ini. Banyak ujian melanda. Dan sungguh setiap kisah-kisah pasangan baru
berkahwin adalah berbeza sekali. namun di sebalik ujian itu, ada
kemanisan setiap kali dapat dilepasi cabaran itu
Adakah dapat aku sembunyikan rahsia hati ini, menjadikan dia lebih menyintai diriku dari diriku menyintainya?
Namun tentu bukan itu golku dalam perkahwinan ini. Perkahwinan ini
adalah ibadah. Cintaku padanya adalah suatu ibadah. Aku menyintainya
kerana Allah dan aku berasa amat tenang dengan cinta itu. Cinta yang
menjadikan aku sentiasa berhubung dengan Allah di saat susah dan senang
menghadapi bahtera rumah tangga ini.
Satu anggapan yang salah, seorang ukht berkahwin dengan seorang akh
untuk mendapatkan kekuatan dari pasangannya. Ya, sebahagiannya betul,
namun hakikatnya, ujian kehidupan pasti melanda setiap seorang dari
kita. Kerana itu, peribadi kita sendiri perlu kuat. Hubungan kita dengan
Allah perlu amat mantap.Terkadang pasangan kitalah yang perlu dibantu,
bukan kita yang dibantu.
Tentu dalam berBM sendiri ada pasang surutnya. Namun yang menyatukan dua hati manusia yang asing ini adalah Allah. Apabila keduanya kembali semula pada Allah dan meminta petunjuk dariNya.
Dahulu aku takut tenggelam dengan cinta. Cinta sesama akhawat
sendiri menyebabkan air mataku kering kerana banjirannya. Namun ketika
akad tertahkik, cinta yang kurasai ini, ibarat hujan yang turun secara
tenang dan damai, membasahi tanah sahara yang kekontangan. Menyimbahi
tumbuhan yang kekeringan. Ia memberi sinar di pagi hari, menyuluh
kegelapan di waktu malam.
Dan aku tidak katakan cintaku pada dakwah, pada Allah, dan pada
akhawat berkurang kerana aku menyintai seorang lelaki yang Allah
jodohkan buatku. Malah cinta itu bertambah, menolak motivasi dan
melimpah ruah.
Kerana cinta itu terlalu istimewa. Ia boleh meletakkan jiwa kita di
tempat teratas, atau menjadikan kita manusia yang amat hina sekali.
Aku tak mengatakan cinta itu salah sebelum
perkahwinan. Cuma kelemahan aku sendiri, aku pasti, jika cinta itu
sebelum terjadinya akad, pasti aku akan menjadi manusia yang hina di
sisi Allah.
Kerana aku tahu, ketika pintu hatiku terbuka untuk sebuah cinta,
limpahannya akan mengairi seluruh lautan yang wujud di muka bumi ini.
tentu pernah kita dengar, sesorang wanita sanggup membuat apa
sahaja kerana cinta, menyerahkan tubuh, menjual harta, hanya kerana
seorang lelaki yang belum menjadi miliknya.
Dan indahnya cinta itu apabila ianya diberikan buat yang hak. Kerana ia sentiasa diiringi doa dan barakah.
tentu banyak rahsia Allah yang tidak kita ketahui dalam hidup ini.
tentu akhir perjalanan kita takkan kita ketahui akhirnya. Namun kita
sentiasa perlu positif, meraih yang terbaik dalam hidup kita, dan
memaknai setiap kenikmatan dan kebahagiaan yang allah rezekikan untuk
kita.
Alangkah indahnya bila segalanya kerana Allah. Bercinta pun dapat pahala!
“Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik
barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang
solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya
menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan
menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR:Ibnu Majah)
Karya : Muharikah
By http://muharikah.wordpress.com/2010/11/01/adakah-ini-cinta/
0 komentar:
Posting Komentar