“Sayang, abang balik. Lapar ni, boleh
siapkan makan?” Tanya Ali kepada isteri yang sedang berada di bilik.
“Kejap, bang. Sayang tengah bagi
‘kambing’ makan ni.” Jawab Aminah, sambil terus melayan ternakan virtual
dalam facebook, permainan yang digilai ramai orang,
“Kambing bodoh tu bagi makan, suami lapar kena
tunggu pulak?” Leter suami yang setiap hari menahan sabar dengan sikap
isteri yg melekat dengan facebook.
Sejam kemudian aminah pergi ke dapur.
Didapatinya pinggan bekas makan suami dalam sinki dan sebuah kuali di
atas dapur. Suami, seperti biasa, menggoreng sendiri telur untuk
dijadikan lauk kerana tidak dapat menahan lapar menunggu hidangan
isteri.
“Mama, tolong Amar buat karangan ni. ”
Rayu Amar kepada ibunya, Aminah malam itu.
“Amar buat dulu. Kejap lagi mama
datang.” Jawab ibunya. Aminah masih meneruskan hobi melayan kawan2 lama dalam facebook.
Dua jam kemudian, selepas Aminah menutup
komputer didapatinya Amar sudah tertidur menangkup atas buku tulis
dengan pensel di tangan. Karangannya tidak habis ditulis. Terlalu lama
menunggu mama yang tidak kunjung datang membantu.
Aminah adalah salah seorang dari jutaan
manusia yang menjadi mangsa ketagihan facebook. Kes ketagihan facebook
semakin parah dalam masyarakat barat dan kini menyusupi masyarakat
Malaysia yang menyerang bukan saja anak2 muda malah warga emas yang
menghabiskan masa berjam2 menulis dan menjawab status kawan2.
Facebook dijadikan pelarian dari masalah dan tanpa disedari ia
menyedut berjam-jam masa produktif yang sepatutnya digunakan untuk
melunaskan amanah dan tanggungjawab. Bagi pelajar masa yg sepatutnya
untuk membuat kerja sekolah, membuat assignment, membaca buku terbuang
begitu saja kerana merasakan semua itu membebankan dan beralih kepada
facebook untuk melegakan perasaan.
Masa untuk membaca buku bertukar kepada
masa membaca facebook. Waktu beribadah tahajjud pun boleh turut terjejas kerana
tarikan facebook.
Hari ini tidak lagi perkara luar biasa
melihat suasana di rumah orang bandar jam 8 malam yang biasanya keluarga
berkumpul dan bergurau senda di ruang keluarga sambil menonton tv kini
masing2 menghadapi facebook di tempat masing2. Ibu dan ayah dg laptop
masing2 di bilik. Anak2 di bilik mereka atau di ruang tamu dan masing2
punya laptop sendiri. Tiada bunyi, tiada suara kecuali bunyi keyboard
dan suara bibik sedang mencuci pinggan di dapur.
Adalah masih dikira baik kalau mereka
masih berkomunikasi sesama sendiri. Yang malangnya setiap orang sedang
berfacebook dengan kawan2 masing dan ahli keluarga tidak termasuk dalam
senarai yang di ‘add’ sebagai ‘friends’ dan tiada ‘mutual friends’ di
kalangan ahli keluarga.
Ciri-ciri ketagihan facebook:
1. Tidak dapat berenggang dg. internet
2. Terus mencapai facebook sebaik saja
bangun dari tidur, sampai di pejabat atau sampai di rumah.
3. Sentiasa terbayang apa yg ada dalam
facebook semasa offline,
4. Sentiasa terbayang untuk menulis
sesuatu dalam facebook semasa offline
5. Lebih selesa melayari facebook dari
keluar rumah atau menonton tv
6. Masa dihabiskan lebih setengah jam
setiap kali melayari facebook.
7. Melayari facebook lebih 3 kali sehari
sekadar berbual kosong.
8. Facebook dijadikan tempat meluahkan
perasaan.
9. Sentiasa mengharapkan ramai orang
memberi komen.
10. Rasa gelisah yang amat sangat
apabila berada lama di tempat yang tiada internet.
Facebook amat berguna untuk merapatkan
hubungan persahabatan dan keluarga, mencari teman2 lama atau siapa saja
yg ingin dihubungi sekiranya tidak dapat dihubungi dg tel. Adakalanya
pada waktu2 kritikal facebook amat diperlukan utk menghubungi seseorang.
Mat rempit dan kaki lepak dikaitkan
dengan masalah anak2 generasi Y. Tetapi anak2 generasi Z rasanya lebih
selamat dari gejala rempit kerana mereka lebih suka duduk di rumah
melayari internet menghubungi rakan2 dalam dunia maya. Malangnya mereka
sukar berinteraksi secara alam realiti.
Pendapat dari HafiziZain:
Saya rasakan Facebook Addict ini ada mendatangkan kesan buruk
dan ada juga mendatangkan kesan baik. Bergantung kepada individu itu
sendiri.. Sekiranya anda dapat manfaatkan facebook ke arah kebaikan,
maka baiklah kesannya… tetapi, sekiranya anda mengadap facebook
semata-mata untuk bersosial sehinggakan melupakan tanggungjawab lain,
maka anda tergolong dalam antara orang-orang yang rugi.. menghabiskan
masa di depan Facebook sahaja.
Secebis perkongsian untuk
kawan-kawan pembaca setia blog saya..
Yang ikhlas,
6 komentar:
wahh
ane termasuk salah satunya tu X_x
makasi uda share :)
@Dhanz > hheheheh.. kita sama... n samasama :)
dulu iyaa, addict banget pokoknyaa, tp skrg jarang2 deh, hehehee
paling buka FB kalo pengen sosialisasi di grup . .
@Ladida > N A N Y A :P
hahahahha
Wah.. baru tau saya, hehe.. sipp ;D
@Pradisz > hehehe.. makasih kag ! :)
Posting Komentar