Senin, 18 Juli 2011

Ada Apa dengan Facebook ?

“Sayang, abang balik. Lapar ni, boleh siapkan makan?” Tanya Ali kepada isteri yang sedang berada di bilik.
“Kejap, bang. Sayang tengah bagi ‘kambing’ makan ni.” Jawab Aminah, sambil terus melayan ternakan virtual dalam facebook, permainan yang digilai ramai orang,
Kambing bodoh tu bagi makan, suami lapar kena tunggu pulak?” Leter suami yang setiap hari menahan sabar dengan sikap isteri yg melekat dengan facebook.
Sejam kemudian aminah pergi ke dapur. Didapatinya pinggan bekas makan suami dalam sinki dan sebuah kuali di atas dapur. Suami, seperti biasa, menggoreng sendiri telur untuk dijadikan lauk kerana tidak dapat menahan lapar menunggu hidangan isteri.
“Mama, tolong Amar buat karangan ni. ” Rayu Amar kepada ibunya,  Aminah malam itu.
“Amar buat dulu. Kejap lagi mama datang.” Jawab ibunya. Aminah masih meneruskan hobi melayan kawan2 lama dalam facebook.
Dua jam kemudian, selepas Aminah menutup komputer didapatinya Amar sudah tertidur menangkup atas buku tulis dengan pensel di tangan. Karangannya tidak habis ditulis.  Terlalu lama menunggu mama yang tidak kunjung datang membantu.
Aminah adalah salah seorang dari jutaan manusia yang menjadi mangsa ketagihan facebook. Kes ketagihan facebook semakin parah dalam masyarakat barat dan kini menyusupi masyarakat Malaysia yang menyerang bukan saja anak2 muda malah warga emas yang menghabiskan masa berjam2 menulis dan menjawab status kawan2.
Facebook dijadikan pelarian dari masalah dan tanpa disedari ia menyedut berjam-jam masa produktif yang sepatutnya digunakan untuk melunaskan amanah dan tanggungjawab. Bagi pelajar masa yg sepatutnya untuk membuat kerja sekolah, membuat assignment, membaca buku terbuang begitu saja kerana merasakan semua itu membebankan dan beralih kepada facebook untuk melegakan perasaan.
Masa untuk membaca buku bertukar kepada masa membaca facebook. Waktu beribadah tahajjud pun boleh turut terjejas kerana tarikan facebook.
Hari ini tidak lagi perkara luar biasa melihat suasana di rumah orang bandar jam 8 malam yang biasanya keluarga berkumpul dan bergurau senda di ruang keluarga sambil menonton tv kini masing2 menghadapi facebook di tempat masing2. Ibu dan ayah dg laptop masing2 di bilik. Anak2 di bilik mereka  atau di ruang tamu dan masing2 punya laptop sendiri. Tiada bunyi, tiada suara  kecuali bunyi keyboard dan suara bibik sedang mencuci pinggan di dapur.
Adalah masih dikira baik kalau mereka masih berkomunikasi sesama sendiri. Yang malangnya setiap orang sedang berfacebook dengan kawan2 masing dan ahli keluarga tidak termasuk dalam senarai yang di ‘add’ sebagai ‘friends’ dan tiada ‘mutual friends’ di kalangan ahli keluarga.
Ciri-ciri ketagihan facebook:
1. Tidak dapat berenggang dg. internet
2. Terus mencapai facebook sebaik saja bangun dari tidur, sampai di pejabat atau sampai di rumah.
3. Sentiasa terbayang apa yg ada dalam facebook semasa offline,
4. Sentiasa terbayang untuk menulis sesuatu dalam facebook semasa offline
5. Lebih selesa melayari facebook dari keluar rumah atau menonton tv
6. Masa dihabiskan lebih setengah jam setiap kali melayari facebook.
7. Melayari facebook lebih 3 kali sehari sekadar berbual kosong.
8. Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan.
9. Sentiasa mengharapkan ramai orang memberi komen.
10. Rasa gelisah yang amat sangat apabila berada lama di tempat  yang tiada internet.
Facebook amat berguna untuk merapatkan hubungan persahabatan dan keluarga, mencari teman2 lama atau siapa saja yg ingin dihubungi sekiranya tidak dapat dihubungi dg tel. Adakalanya pada waktu2 kritikal facebook amat diperlukan utk menghubungi seseorang.
Mat rempit dan kaki lepak dikaitkan dengan masalah anak2 generasi Y. Tetapi anak2 generasi Z rasanya lebih selamat dari gejala rempit kerana mereka lebih suka duduk di rumah melayari internet menghubungi rakan2 dalam dunia maya. Malangnya mereka sukar berinteraksi secara alam realiti.
Pendapat dari HafiziZain: Saya rasakan Facebook Addict ini ada mendatangkan kesan buruk dan ada juga mendatangkan kesan baik. Bergantung kepada individu itu sendiri.. Sekiranya anda dapat manfaatkan facebook ke arah kebaikan, maka baiklah kesannya… tetapi, sekiranya anda mengadap facebook semata-mata untuk bersosial sehinggakan melupakan tanggungjawab lain, maka anda tergolong dalam antara orang-orang yang rugi.. menghabiskan masa di depan Facebook sahaja.
Secebis perkongsian untuk kawan-kawan pembaca setia blog saya..
Yang ikhlas,

6 komentar:

dhanz mengatakan...

wahh
ane termasuk salah satunya tu X_x

makasi uda share :)

Ikkhy mengatakan...

@Dhanz > hheheheh.. kita sama... n samasama :)

Ladida mengatakan...

dulu iyaa, addict banget pokoknyaa, tp skrg jarang2 deh, hehehee
paling buka FB kalo pengen sosialisasi di grup . .

Ikkhy mengatakan...

@Ladida > N A N Y A :P

hahahahha

Pradisz Wardhana mengatakan...

Wah.. baru tau saya, hehe.. sipp ;D

Ikkhy mengatakan...

@Pradisz > hehehe.. makasih kag ! :)

Posting Komentar